Monday, 9 December 2013

CERPEN H.A.C.K.S

    Dibirai katil dia kelihatan begitu resah dan tertanya-tanya apa yang sedang bersarang dibenak hatinya saat itu,dia sendiri tidak mengerti.Pertemuannya dengan Hafizi kemarin menggamit kembali kenangan lalu yang tiada kesudahannya setelah Hafizi lenyap tanpa berita.

   ‘Ok kelas,hari ini kita ada pelajar baru..nama dia Hafizi’ terang Cikgu Zaleha kepada pelajar-pelajar 5 Satria.Hani  seperti biasa tidak mengmbil kisah tentang pelajar baru kerana baginya baru atau lama sama saja,budak lelaki hanya tahu mengganggu budak perempuan.Afiq dan Hazidie adalah budak pengacau terkenal disekolah yang sangat  dibencinya.   

       Hafizi seorang budak yang tak gentle,putih,kurus,rambut perang-perang dan yang paling penting dia Nampak lembut sikit.Cikgu mengarahkanya duduk dihadapan Hani.Setelah beberapa minggu Hafizi berada disekolah itu,dia bertanya kepada Hani siapa pelajar uang paling pandai dikelas itu.Hani tidak mengendahkan pertanyaan Hafizi.      

      Hafizi bertanya kepada rakan sekelasnya lalu dia tahu bahawa pelajar tersebut ialah Hani…Pagi itu dia bercakap dengan Hani lalu  mencabarnya untuk mendapat tempat pertama..Hani seorang yang pantang dicabar apatah lagi dari seorang lelaki. 

     Setelah beberapa hari peperiksaan berakhir,kertas keputusan pun ditampal pada papan kenyataan dihadapan kelas mereka.Dari jauh Hani melihat Hafizi tersengih-sengih membuatkan hati Hani semakin berdebar tatkala dilihat begitu.Hani menyusup masuk untuk melihat keputusannya.Hati Hani bagai dirobek sebaik sahaja melihat namanya ditempat kedua.Hendak saja Hani melompat terjun dari kelasnya kerana Hafizi telah mengambil tempatnya pada kedudukan pertama dikelas yang selama ini dipertahankan.Begitu rapuh sekali hatinya setelah dikalahkan oleh seorang lelaki yang belum sampai sebulan dkenalinya.Dari saat itu hani tidak lagi sanggup melihat muka Hafizi yang bangga dengan dirinya sendiri.Hani mulai menyimpan rasa benci terhadap Hafizi. 
    Setahun kemudian,ketika darjah enam,Hani langsung tidak melihat kelibat Hafizi disekolah itu walhal dalam hatinya dia hendak menebus kembali kekalahannya setelah kalah dengan cabar dahulu.Hampir semua sahabatnya hairan melihat sikap hani yang tercari-cari Hafizi..Hani sendiripun tidak faham mengapa dia harus mencari lelaki yang dibencinya.Dari saat itu Hani merasakan ada suatu perasaan lain yang tersimpan dibenak hatinya yang begitu sukar untuk ditafsirkan.      Alina sahabat karibnya bertanya kepadanya ‘kenapa kau selalu bertanya tentang Hafizi,bukannya kau benci dia ke?’ .. ‘tak tau lah’ balas Hani. ‘mungkin kau sudah menyimpan perasaan sayang dengan dia ehhh…’gurau Alina. ‘mana ada..mengarut je awak ni’      

 Dua tahun kemudian...
         Hani dan kawan-kawannya setingkatannya telaah mengikuti ceramah pergigian didewan sekolah mereka.Pada hari tersebut juga sekolah mereka mengadakan perkhemahan kadet polis.Ketika Hani termenung melihat ke jendela,dia terpandang satu wajah yang pernah bermain didalam ingtannya selama ini.'ya allah betul ke apa yang ku lihat atau hanya khayalanku saja'. Setelah dilihatnya berulang kali ianya memang benar itulah Hafizi yang selama ini dicari. Tapi mengapa dia kembali setelah berapa tahun menghilangkan diri.Dia tidak banyak berubah,sikap dan wajah tidak pernah berubah.

       Dari saat itu Hani selalu termenung dan berkhayal dia merasakan ada satu perasaan lain yang bersarang dibenak hatinya.Suatu hari,dia melintas diperkarangan rumah nenek Hafizi.Rumah nenek Hafizi tidak jauh dari rumah sepupunya.Tanpa disedari ada titisan air jernih yang mengalir dipipinya.Dalam hati Hani terdetik satu kata 'mengapa aku membencinya suatu ketika dulu,kini aku mulai merasa kehilangan tatkala dia pergi tanpa sepatah kata'.

       Sampai sekarang Hani berada ditingkatan lima,dia masih tidak dapat menghapuskan nama Hafizi dari hatinya.Oleh kerana Hafizi ialah cinta pertamanya memang sukar baginya untuk melupakan.Kesetiaannya terhadap Hafizi tidak pernah pudar walaupun telah banyak lelaki yang ingin menjadikannya teman wanita.Dia berasa masih belum bersedia untuk dicintai dan mencintai.Dia  akan memberikan banyak alasan untuk tidak menerima mereka sebagai teman lelaki kerana dia masih belajar,namun jauh disudut hatinya dia hanya menunggu Hafizi sebagai lelaki terakhir yang ingin menjadikannya pendamping hidup kerana Allah.

       Suatu hari Hani dikejutkan dengan khabar yang mengatakan bahawa ada orang lain yang turut meminati Hafizi.Hati Hani bagai ditusuk sembilu setelah mengetahui orang yang meminati Hafizi ialah rakan sebelah kelasnya Zarina.Walaupun rakannya itu belum memiliki Hafizi,dia tetap merasa tercabar dan sangat terluka kerana dia sring menyebut-nyebut nama Hafizi dihadapannya.Suatu hari Zarina bertanya kepada Hani 'kau ingat tak Hafizi pelajar baru semasa kita darjah lima?' Hani menjawab bersahaja 'tak,aku tak ingat siapa eh..mungkin aku dah lupa'.Ingin sekali dia menangis namun mindanya masih mampu menenangkan hatinya.Hani berkata dalam hati 'mengapa aku dipertemukan dengan Hafizi suatu ketika dahulu?...kalaulah Hafizi tidak ditempatkan dikelas yang sama denganku,pasti dia tak pernah ada dalam diari hidupku..hatiku terseksa menanggungnya..aku harap kesakitan yang kurasakan sekarang akan mendatangkan kebahagiaan dihari kemudian.Saat ini Hani cuba untuk menyibukkan dirinya dengan mengulangkaji pelajaran untuk persediaan SPM yang bakal tiba..dan cuba untuk melupakan Hafizi untuk sementara waktu.Namun begitu,nama Hafizi tidak pernah terhapus dari kotak fikirannya,malah Hafizi lah sumber inspirasi Hani untuk mencapai kejayaan dan dia ingin membuktikan suatu hari nanti kepada Hafizi bahawa dia masih memegang cabaran  yang pernah mereka kotakan dahulu.

bersambung....

No comments:

Post a Comment